Only in Japan anda akan bertemu dengan pelbagai jenis minuman ringan berperisa unik. Terbaru, Pepsi Japan akan melancarkan perisa ‘Sakura’ pada 8 Mac tahun ini.
Sakura atau cherry blossom boleh dikatakan sebagai lambang kepada musim bunga untuk negara Jepun. Tempoh bunga sakura ini berbunga mekar adalah antara 5 ke 7 hari sahaja. Biasanya di bandar-bandar besar seperti Tokyo dan Osaka, bunga sakura ni akan mula berbunga pada hujung bulan Mac setiap tahun dan akan berakhir pada awal bulan April.
Sebelum ini, Pepsi pernah mengeluarkan perisa- perisa unik yang lain antaranya Pepsi perisa kacang merah, tembikai, timun dan halia.
Minuman ini dikatakan mempunyai wangian sakura selain mempunyai warna bunga tersebut. Jadi bagaimana pula rasa Pepsi ini? Kalau anda punya teman di Japan atau rakan yang sedang mengembara di negara Jepun, mungkin boleh minta pesan untuk belikan sebagai buah tangan. Tertanya- tanya juga bagaimanalah rasa bunga Sakura.
0 comments:
Post a Comment