Anda sudah penat menanggung hutang bertimbun-timbun dan bercadang menyelesaikan kesemuanya.
Tahniah di atas kesedaran yang baru ditemui. Percayalah anda akan melalui saat-saat sukar tetapi di akhir jalan, anda akan menemui cahaya yang membahagiakan.
Kosong hutang. Awesome!
Tetapi anda pening hendak bermula. Bagaimana?
Ketahuilah terdapat dua cara untuk menguruskan penyelesaian hutang.
1. Kaedah Snowball
2. Kaedah Avalanche
1. Kaedah Snowball
Kaedah Snowball memberi penekanan penyelesaian baki hutang yang paling sedikit dahulu.
Bayar kesemua hutang pada kadar minima melainkan hutang dengan baki terendah. Berikan segala tenaga dan usaha anda untuk menyelesaikan hutang anda yang paling kecil dahulu. Berusahalah seolah-olah anda akan menendang hutang jahat ini keluar daripada hidup anda.
Dan apabila hutang paling kecil anda selesaikan hutang anda yang kedua terkecil. Tendang satu demi satu sehingga akhirnya, anda tiada lagi hutang!
Sebagai contoh. Katakan anda ada hutang-hutang di bawah. Dan jumlah bayaran minima bulanan yang anda biasa bayar.
RM500 bil hospital (RM50 bayaran minima bulanan)
RM2,500 kad kredit (RM63 bayaran minima bulanan)
RM7,000 ansuran kereta (RM135 bayaran bulanan)
RM10,000 pinjaman pendidikan (RM96 bayaran bulanan)
1. Susun Dari Rendah Ke Tinggi
Vintag.es
Dengan kaedah snowball, susun hutang-hutang daripada nilai baki terkecil sehingga nilai baki terbesar seperti di atas (dalam kaedah ini, abaikan kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank). Bayar semua pada nilai minima, kecuali bil dengan baki terendah, dalam kes ini, bil hospital.
2. Dapatkan Wang Lebihan Bulanan
Rebelya.pl
Untuk contoh ini, kami andaikan anda dapat lebihan pendapatan sebanyak RM500 – mungkin melalui kerja sampingan, atau mengurangkan perbelanjaan (seperti memotong Astro dan menukar pelan telefon dan internet kepada yang lebih murah).
3. Bayar Semua Secara Minima, Kecuali Si Baki Terendah
Vintag.es
Oleh kerana setiap bulan anda memperuntukkan RM50 untuk bil hospital, dan RM500 bajet ‘menyerang’, pada bulan ini anda sudah ada RM550 untuk membayar keseluruhan bil hospital. Anda sudah berjaya selesaikan bil hospital (ya, ada lebihan RM50, terpulanglah bagaimana anda mahu menggunakannya).
4. Gunakan Bajet ‘Menyerang’ Pada Hutang Lain
Last Of The Mohicans
Pada bulan depan, gunakan peruntukan RM550 untuk mula ‘menyerang’ bil kad kredit. Ini bermakna anda akan mula membayar RM613 untuk membayar hutang kad plastik ini (RM63 bayaran bulanan biasa + RM550 peruntukan ‘menyerang’). Dalam masa 4 bulan, anda sudah boleh berkata bye-bye kad kredit!
5. Ulang Dan Ulang Sehingga Selesai
Safraafina.wordpress.com
Pada kali ini pula, peruntukan menyerang anda sudah menjadi RM748 (RM613 + RM135 bayaran bulanan biasa). Anda sudah boleh menggunakannya untuk membayar kereta. Dalam masa 10 bulan, kereta itu 100% milik anda!
Dan.. hutang yang terakhir – pinjaman pendidikan.
Pada kali ini, bajet menyerang anda sudah menjadi RM844 (RM748 + RM96). Seronoknya, dengan bajet seperti ini, anda hanya perlukan 12 bulan untuk menyelesaikan pinjaman pendidikan anda. Selepas itu, anda benar-benar bebas!
Syukur di atas pengorbanan dan kerja keras, anda berjaya menyelesaikan kesemua hutang berjumlah RM20,000 hanya dalam masa 27 bulan menggunakan kaedah snowball! Tahniah!
Secara asasnya, walaupun terdapat kaedah lain yang lebih menjimatkan, kaedah snowball membantu anda lebih bertenaga untuk menyelesaikan hutang. Ini kerana anda lebih bermotivasi melihat diri anda meninggalkan satu demi satu hutang toksik. Apabila anda melihat satu demi satu kejayaan, anda akan terus menerus melakukannya sehingga akhirnya anda BENAR-BENAR bebas hutang!
Kaedah avalanche pula menyerang hutang mengikut kadar faedah. Jika anda ingin mengetahui kaedah ini, ‘Say Yes!’. Saya akan menulisnya dalam edisi akan datang.
0 comments:
Post a Comment