Super Bowl adalah perlawanan american football paling ditunggu- tunggu oleh rakyat Amerika dan peminat sukan rugbi Amerika di serata dunia. Secara ringkas Super Bowl adalah piala yang akan direbut oleh juara American Football Conference (AFC) dan juara National Football Conference (NFC). Adakah anda tahu, ketika siaran langsung perlawanan Super Bowl ini berlangsung, kos untuk meletakkan iklan produk anda selama 30 saat adalah dianggarkan USD5 juta?
Ya, ia memang mahal tetapi satu startup dari New York, Death Wish Coffee mendapat slot iklan itu secara percuma setelah memenangi pertandingan yang dianjurkan syarikat software Intuit. Pertandingan itu disertai oleh 15 ribu syarikat kecil dan Intuit memilih 9 syarikat di pusingan akhir dan pemenangnya akan dipilih oleh orang ramai. Disebabkan Death Wish Coffee sudah mempunyai fan base yang fanatik dengan kopi mereka itu, mereka berjaya memenangi slot iklan 30 saat itu.
Apa yang menarik tentang kopi Death Wish Coffee ini adalah kandungan kafeinnya yang tinggi, dikatakan 200% lebih tinggi dari kopi biasa dan kopi ini turut mempunyai label amaran kesihatan.
Amaran kesihatan di pek Death Wish Coffee
Pengasas kopi ini, Mike Brown pada awalnya memberitahu idea asal berkenaan kopi itu adalah sesuatu yang tidak serius. Ketika beliau sedang bekerja di cafe miliknya, seorang pelanggan kedainya meminta kopi paling ‘kaw’ di cafe itu. Jadi beliau membuat sendiri kopi yang mempunyai 54.2 mg kafein per 28gram kopi, jadi kopi itu adalah 6 kali ganda lebih kafein dari kopi di McDonald dan 3 kali ganda dari kopi di Starbucks. Jadi disebabkan itu kopi ini menjadi pilihan ramai, terutamanya bagi mereka yang ingin berjaga malam.
Perbandingan kandungan kafein antara Death Wish Coffee dan kopi jenama lain
Sebelum ini pada tahun 2013, Death Wish Coffee mendapat perhatian umum ketika produk mereka itu muncul di rancangan Good Morning America dan produk mereka sold out di Amazon dalam masa yang singkat. Brown berkata pemasaran di rancangan itu hampir membuat syarikat mereka ‘bungkus’ kerana tidak dapat memenuhi permintaan. Dan sejak itu, Brown mula menambah bilangan pekerja dan ada ketika mereka membuat kopi mereka 20 jam sehari untuk memenuhi permintaan.
Dalam klip video iklan mereka untuk Super Bowl, ianya sangat kreatif di mana sekumpulan Vikings sedang mendayung kapal mereka untuk ke Valhalla(syurga untuk mereka yang mati ketika berperang mengikut mitos Norse). Iklan itu adalah untuk mempromosikan blend terbaru dari mereka, Valhalla Java Odinforce Blend. Iklan ini semestinya meningkatkan permintaan untuk Death Wish Coffee. Buat masa ini rasanya tiada pengedar yang membawa masuk kopi ini di Malaysia. Jadi boleh buat tempahan di official website mereka di sini.
0 comments:
Post a Comment