Nampaknya ada kelab bola sepak sudah nampak tentang peluang untuk mengembangkan pengaruh mereka dalam permainan video bola sepak. David Bytheway, berusia 22 tahun telah menandatangani perjanjian dengan kelab dari German, Wolfsburg untuk menjadi salah seorang dari dua orang pemain permainan video Fifa official mereka.
“Saya selesa dengan gaji yang saya terima buat masa ini. Walaupun ianya tidak setinggi gaji yang diterima pemain bola sepak ternama, tetapi ianya bakal berubah. Ianya pasti akan menjadi lebih besar suatu hari nanti,” kata David. Beliau berpendapat bahawa tidak lama lagi, pasti akan ada beberapa kelab bola sepak terkemuka di Eropah yang mengikut jejak Wolfsburg.
David akan memakai jersi rasmi Wolfsburg setiap kali beliau menyertai mana- mana pertandingan permainan video Fifa. Tidak diberitahu jika beliau perlu bermain sebagai Wolfsburg atau bebas beraksi dengan kelab yang lain.
David mula bermain Fifa secara profesional sejak dari usianya 17 tahun lagi. Electronic Arts(EA), pengasas permainan video Fifa ini mengeluarkan statistik di mana 23 bilion minit telah dihabiskan oleh peminat game ini di seluruh dunia dan mereka jangka bahawa industri Fifa ini akan bernilai USD465 juta dalam masa dua tahun lagi.
Ianya sudah menjadi satu trend bagi kelab ternama dunia untuk melebarkan nama kelab mereka dia Asia dan Amerika. Kelab- kelab ini patut mencontohi Wolfsburg, kelab yang kecil tetapi bijak dan kreatif mencari cara baru untuk mengembangkan fan base kelab bola sepak itu.
“Misi utama kami adalah untuk mewujudkan hubungan antara bola sepak sebenar dengan dunia bola sepak digital,” kata Klaus Allofs, sporting director untuk Wolfsburg. Jadi jika anda seorang pemain Fifa yang awesome, mungkin anda boleh cuba nasib anda dengan menghantar video anda bermain game Fifa ke kelab yang anda minati. Mana tahu anda terpilih. Good luck!
0 comments:
Post a Comment