6.2.16

5 Cara Bagaimana Saya Travel Dengah Harga Tiket AirAsia Yang Lebih Murah


Kenaikan kos pengangkutan awam seperti Komuter, LRT dan ERL di negara ini yang semakin meningkat menyebabkan ramai pengguna merungut dengan  tindakan yang telah dilakukan oleh pihak berwajib ini.

Tapi adakah anda tahu bahawa Syarikat Penerbangan tambang murah AirAsia adalah satu satunya syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah semurah-murahnya?

Bayangkan sekiranya anda naik bas KL – KOTA BHARU sehala tambangnya adalah RM50.00 untuk perjalanan selama 8 jam.

Tapi dengan AirAsia anda mampu pulang ke KOTA BHARU dengan tambang serendahRM 19.90 dan tempoh perjalanan hanya tak sampai sejam.

Jadi di sini saya ingin berkongsi cara mudah untuk mendapatkan tambang murah hanya dengan AirAsia, sesuai dengan tagline syarikat penerbangan ini iaitu “NOW EVERYONE CAN FLY”.

Ikuti tips berikut bagaimana saya mendapatkan tambang murah ini:

1. Register sebagai ahli Airasia kerana anda akan diberitahu melalui email sekiranya ada tiket promo dan anda akan di bagi priority booking.

cara-beli-tiket-airasia-murah-1

2. Sign up BIG card untuk menikmati berbagai kelebihan dan faedah di airasiabig.com

cara-beli-tiket-airasia-murah-2

cara-beli-tiket-airasia-murah-3

Selepas menjadi ahli anda berpeluang untuk:

• Mengumpul mata ganjaran
• Tukar mata ganjaran kepada tiket kapalterbang dan juga hotel penginapana
• Tiada yuran proses dikenakan

Bayangkan sekiranya anda membeli tiket AirAsia dengan membayar menggunakan Big Card anda akan mendapat mata ganjaran dan ia boleh digunakan untuk membeli tiket dengan hanya menggunakan mata ganjaran tersebut.

Big card juga boleh di gunakan untuk membeli belah dan juga untuk bayaran bagi pembelian online sama seperti credit card. Setiap RM1 yang dibelanjakan akan mendapat 3 Point AirAsia Big.

3. Point dan Cash

cara-beli-tiket-airasia-murah-4

Ini apabila anda menggunakan Point 500 dan Cash

cara-beli-tiket-airasia-murah-5

cara-beli-tiket-airasia-murah-6

Ini pula bila anda menggunakan Website AirAsia (tunai)

Anda boleh gunakan Big point minimum  500 mata ganjaran sahaja untuk membeli tiket dengan harga lebih murah berbanding membeli tiket dari website. Contoh seperti gambar di atas.

4. Kumpul mata ganjaran (Collect point)

cara-beli-tiket-airasia-murah-7

cara-beli-tiket-airasia-murah-8

Anda boleh mengutip mata ganjaran untuk AirAsia BIG seperti Maybank Treatpoint , Sogo, Petronas, Bcard, Mydin. Semua ini boleh boleh ditukar kepada Big point.

Untuk pengetahuan anda juga, berbelanja di KLIA gateway juga boleh mendapat mta ganjaran iaitu RM1=1 Point, manakala apabila anda berbelanja di Paradigm Mall pada hari biasa anda akan mendapat double point dan 1 point pada Sabtu dan Ahad. Semua ini ada dinyatakan di website AirAsiaBig.

5. Panggilan Terakhir melalui AirAsia Big

Sekiranya anda ingin terbang dalam masa terdekat, Final Call Promo adalah jawapannya. Tebus point anda dan pay Tax for FREE fly.

cara-beli-tiket-airasia-murah-9

cara-beli-tiket-airasia-murah-10

Nota Kaki:

1. Sentiasa peka dengan promo terkini AirAsia
2. Kumpul mata gamjaran sebanyak mungkin untuk tiket penerbanagn percuma

NOW EVERYONE CAN FLY

2 comments:

  1. Macam mana nak dapat point air asia tue bila guna big prepaid? Saya guna big prepaid untuk buat payment. Tapi saya xnampak point saya dapat..

    ReplyDelete
  2. Macam mana nak dapat point air asia tue bila guna big prepaid? Saya guna big prepaid untuk buat payment. Tapi saya xnampak point saya dapat..

    ReplyDelete