Firma rekaan dalaman yang berpengkalan di Los Angeles, Bells & Whistles ditugaskan untuk mereka bahagian dalam dan branding untuk cafe ‘Juice Served Here’ di 3rd Street, Los Angeles. Rekaaan minimalist kedai ini dihias menggunakan elemen kayu dengan tema warna natural, hitam dan putih.
Bukan sekadar hiasan lampu dihadapan kedai diambil berat, Bells & Whistles turut mereka khas ‘plnat-o-lier’ diperbuat dari besi hitam menjadi tempat letak pokok kecil dan tempat gantung lampu.
Antara rekaan unik cafe ini adalah papan kayu yang disusun secara geometri yang menghiasi bahagian atas dan bahagian bar. Menunya juga direka dengan unik dan mudah difahami pelanggan.
Anda yang sedang dalam perancangan membuka cafe, boleh jadikan kedai ini sebagai inspirasi. Lihat lebih lanjut secara terperinci kedai ini menerusi gambar-gambar di bawah.
0 comments:
Post a Comment