9.2.16

Misi Berani Mati 3 Pemuda Malaysia Di Gunung Bromo, Indonesia Yang Meletus


Sewaktu pertama kali melihat status di Facebook beliau, saya sudah dapat mengagak pasti ada sesuatu yang lain daripada biasa akan dilakukan oleh pemuda ini.

Keow Wee Loong atau dikenali sebagai KiWi di kalangan rakan-rakan merupakan seorang fotografer yang sering menghasilkan imej unik dari lokasi tinggi serta berbeza berbanding fotografer lain.

vocket-by-kiwi

Hasil kerja KiWi sewaktu memanjat salah satu bangunan di Kuala Lumpur. Terima kasih untuk gambar khas untuk Vocket yang awesome ini.

Dan yang terbaru, KiWi telah ke Indonesia bersama 2 lagi rakannya Alvin Tung (videografer) dan Khan Khan (drone pilot) untuk melaksanakan misi luar biasa merakam gambar dan video di Gunung Bromo, Indonesia.

Sewaktu artikel ini ditulis, gunung yang terkenal di Indonesia ini masih lagi ditutup oleh pihak berkuasa daripada sebarang aktiviti pendakian.

Penutupan ini telah dilakukan sejak 3 bulan lalu kerana gegaran kuat dan kepulan asap tebal yang dikeluarkan dari kawah gunung berapi yang masih aktif ini.

Status berjaga-jaga juga telah dikuatkuasakan dengan jarak selamat adalah sejauh 2.5km radius dari pusat gempa.

Dan inilah yang telah dilakukan oleh KiWi dan rakan-rakannya pada awal bulan ini. Bergadai nyawa mendaki Gunung Bromo dan rakam gambar serta video menarik, rare dan tidak pernah dilakukan oleh fotografer dan videografer lain.

Menurut KiWi, mereka berada di sana selama 10 hari untuk merakam gambar dan video menarik di gunung yang sedang aktif bergegar ini.

To be the first man on earth to do something that have not been done by others, put your dream in motion and let joy take you further. Well someone is gonna do it, why not a Malaysian.

The temperature on top of the crater is really hot and I can feel the ground movement with huge rocks bursting out from the mouth of the crater – KiWi

pendakian-bahaya-di-gunung-bromo-3

Sneaking in Bromo, yes I do wear glasses. Most of the time I’m blur, ugly as hell — at Bromo Mountain. Foto oleh KiWi.

pendakian-bahaya-di-gunung-bromo-1

Foto oleh KiWi

Sudah hampir 3 bulan Bromo ditutup. Satu perasaan luar biasa menyelinap di hati bila dapat rakam pemandangan yang tak pernah dilihat sebelum ini di Bromo, sewaktu letusan sedang berlaku di kawah gunung ini.

Apatah lagi bila menjadi satu-satunya manusia yang berjaya menyelinap naik ke Bromo sekarang.

Selain daripada berdepan risiko letusan, KiWi dan rakan-rakan juga perlu bersedia dengan bahaya kepulan asap dan gas yang dikeluarkan oleh gunung berapi tersebut.

Disebabkan kekurangan topeng gas, menurut KiWi hanya 2 daripada mereka berada di puncak gunung ini pada satu-satu masa.

pendakian-bahaya-di-gunung-bromo-13

“The sound of 1000 grenade exploding in your face” – KiWi. Foto oleh KiWi

Sewaktu saya menghubungi KiWi melalui akaun Facebook beliau, menurut KiWi cabaran besar lain yang perlu mereka tempuh adalah risiko kehilangan gambar dan video apabila di tangkap oleh pihak berkuasa.

Dan sewaktu melaksanakan misi ini, mereka telah ditangkap sebanyak 2 kali oleh pihak berkuasa tempatan di sini.

Kali pertama ditangkap adalah pada hari pertama mereka di Gunung Bromo. Akibatnya sebahagian daripada gambar dan footage mereka telah dipadam.

pendakian-bahaya-di-gunung-bromo-4

Foto oleh KiWi

“Kami telah ditangkap oleh pihak berkuasa pada hari pertama di sini dan sebahagian daripada footage kami dipadamkan. Disebabkan ini kami ambil keputusan untuk panjat senyap-senyap, pasang khemah sebalik pokok dan teruskan misi kami.

Di sinilah tempat tidur kami sejak 4 malam yang lepas. Pernahkah korang terfikir macam mana rasanya tidur di sebelah bom jangka yang hanya sejauh 150 meter dari mulut kawah gunung yang akan meletus pada bila-bila masa?

Hujan pula turun setiap hari tanpa henti sejak Ahad. Angin bertiup kencang, debu asap gunung berapi yang tebal, suhu sejuk mencecah bawah 5C pada waktu malam serta bunyi letupan diikuti gegaran tanpa henti daripada mulut kawah gunung” – KiWi

pendakian-bahaya-di-gunung-bromo-5

Dirakam 100 meter daripada kawah Gunung Bromo sewaktu letusan berlaku di tengah malam. Foto oleh KiWi

Pada awalnya kami naik ke atas di siang hari tapi ada orang nampak kami dan akhirnya kami kena tangkap. Jadi satu-satunya cara supaya tak kena tangkap lagi, kami naik ke atas pada waktu malam.

Pendakian pada hari-hari berikutnya dilakukan seawal jam 3 pagi. Suhu sejuk yang mencecah sehingga bawah 5 C, angin yang bertiup kencang, malam yang gelap serta hujan yang mencurah turun hampir setiap hari tidak menghalang sekumpulan pemuda ini daripada meneruskan misi mereka.

Yang mereka nampak sewaktu mendaki hanyalah cahaya lava dari Gunung Bromo yang dijadikan sebagai panduan menuju ke puncak. Keadaan di sekeliling pula sangat gelap.

Cabaran sewaktu turun dalam keadaan hujan lebat dan gelap gelita juga tidak kurang hebatnya. Disebabkan keadaan yang terlalu gelap, mereka tiada pilihan selain daripada menjadikan kerdipan lampu dari bandar yang kelihatan sayup di bawah sebagai panduan untuk turun.

Cabaran cuaca turut menyukarkan kerja mereka. Angin yang bertiup kencang dan hujan menyebabkan drone tidak dapat diterbangkan. Jadi mereka perlu menunggu sehingga cuaca kembali reda.

Adakala kami turun ke bawah seawal jam 8 malam, adakala jam 3 pagi. Pada hari yang lain kami berada di puncak gunung sepanjang malam. Jika kami kurang gunakan kamera dan drone, kami turun paling lewat jam 3 pagi.

Kami mesti turun ke bawah untuk cas bateri kamera dan drone. Lagipun drone  makan banyak bateri. Jadi kami kurangkan ambil gambar dan perlu fikirkan cara untuk jimatkan bateri sewaktu berada di atas – KiWi.

Apabila ditangkap buat kali ke 2 oleh pihak berkuasa, inilah yang telah mereka lakukan demi menyelamatkan hasil kerja mereka.

pendakian-bahaya-di-gunung-bromo-16

Tugas selesai. Kena tangkap buat kali ke 2 dan mereka reformat kad memory kami. Terima kasih kepada Alvin Tung yang benarkan saya tumpang simpan kad memory dalam seluar dalam dia – KiWi.

Turut dikongsikan oleh KiWi adalah gambar rakaman drone yang dirakam oleh Khan Khan dan juga aksi sewaktu beliau turun daripada Gunung Bromo menggunakan snowboarding.

Sewaktu mendaki Gunung Bromo pada tahun lepas, KiWi pernah terfikir satu idea untuk meluncur turun menggunakan snowboarding daripada atas gunung ini.

Dan pada tahun ini sewaktu datang ke sini untuk melaksanakan misi ini, gunung berapi ini sedang bergegar. Nampaknya misi beliau dan rakan-rakan kali ini lebih mencabar dan ‘menyeronokkan’.

pendakian-bahaya-di-gunung-bromo-14

Ada 2 lelaki menjerit dari bawah minta saya turun. Sedang tunggu drone terbang buat kali ke 2. Foto oleh KiWi

pendakian-bahaya-di-gunung-bromo-7

“Meluncur turun dari ketinggian 2,329 meter daripada gunung yang sedang bergegar. Bila membawa bersama nama negara, kegagalan bukanlah satu pilihan. Malaysia boleh dan selamat tahun baru Cina” – KiWi.

pendakian-bahaya-di-gunung-bromo-9

Satu-satunya gambar yang sempat dirakam sewaktu KiWi sedang meluncur turun.

pendakian-bahaya-di-gunung-bromo-12

Bersama drone pilot Khan Khan di pinggir kawah gunung yang sedang menunggu masa untuk meletus. Foto oleh Khan Khan.

pendakian-bahaya-di-gunung-bromo-10

Rakaman daripada drone oleh Khan Khan. Terasa kecil di samping kawah gunung yang besar ini – KiWi.

pendakian-bahaya-di-gunung-bromo-8

Gambar dari rakaman drone. Foto oleh Khan-Khan

pendakian-bahaya-di-gunung-bromo-2

Behind the scene. Persediaan yang perlu dilakukan sebelum mendaki ke puncak Gunung Bromo.

Ujar KiWi lagi, misi yang mereka lakukan ini adalah bagi merealisasikan kempen Johnnie Walker – Joy Will Take You Further di mana KiWi telah dilantik sebagai duta bagi kempen ini.

Dan ini pula adalah rakaman video yang telah dikongsikan oleh KiWi.

Sejujurnya sukar untuk saya tidak berasa kagum dengan keberanian 3 anak muda ini. Saya yakin, pastinya KiWi dan rakan-rakan telah melakukan berbagai persediaan mental dan fizikal serta perancangan yang teliti termasuk dari aspek keselamatan sebelum misi ini dilaksanakan.

KiWi juga sempat memberikan pesanan berikut kepada pembaca Vocket;

Follow your passion and let joy take you further.

KiWi turut memaklumkan buat ketika ini Gunung Bromo berada dalam keadaan tidak selamat untuk dikunjungi dan masih ditutup. Jadi jangan sesekali tiru aksi berani mati beliau dan rakan-rakan ini.

Akhir kata, Selamat Tahun Baru Cina buat anda bertiga. Yes, joy did take you guys further!

Baca kisah KiWi Dan Rakan Panjat Bangunan 101 Tingkat Di Dubai

0 comments:

Post a Comment