Februari ini, syarikat jualan lelong Christie akan membuat lelongan barangan dalam filem James Bond ‘Spectre’ yang akan diadakan di London dan juga online.
Paling menjadi tumpuan dalam lelongan ini adalah kereta yang dipandu oleh James Bond dalam filem tersebut, Aston Martin DB10 yang sangat rare. Pengeluar kereta berjenama itu hanya mengeluarkan 10 unit kereta tersebut khas untuk filem Spectre dan hanya dua unit model DB10 ini yang masih dalam keadaan asal untuk tujuan display. Menurut laman Autoblog, kereta itu dijangka akan berjaya dijual melebihi 1 juta pound (lebih kurang RM6 juta). Menariknya, pemenang lelongan kereta itu nanti mungkin tidak dapat memandu kereta itu di jalan raya kerana DB10 ini tidak mempunyai sijil untuk ianya selamat dipandu di jalan raya.
Bukan itu saja, beberapa barangan ikonik dalam filem itu akan turut dilelong antaranya jam tangan Omega Seamaster 300(Dijangaka terjual pada harga antara RM91 ribu- RM121 ribu) yang dipakai Daniel Craig dalam filem tersebut, komputer riba milik ‘Q’ dan Cermin mata Tom Ford ‘Snowdon’ yang juga dipakai Daniel Craig dalam filem berkenaan.
Tetapkan tarikh 18 Februari 2016 jika anda mahu menjadikan barangan dalam filem ‘Spectre’ ini milik anda.
Aston Martin DB10
Omega Seamaster 300
Komputer Riba ‘Q’
Cermin Mata Tom Ford ‘Snowdon’
P/S : Kesemua hasil jualan lelongan ini akan pergi kepada Médecins sans Frontières (MSF), beberapa lagi agensi charity, and the United Nations Mine Action Service (UNMAS).
0 comments:
Post a Comment