The Oculus Rift adalah alat virtual reality headset, satu teknologi di mana anda dapat merasa suasana 3D apabila memakainya. Teknologi ini diasaskan oleh Palmer Luckey dan dibangunkan dan ditaja oleh Facebook. Imej sekitar Mark Zuckerberg di Barcelona untuk majlis pelancaran telefon bimbit Samsung Galaxy S7 ini sedikit sebanyak membuat komuniti Facebook bercakap mengenainya.
Gambar di atas menunjukkan Mark Zuckerberg berjalan di dalam satu dewan penuh dengan manusia yang memakai Oculus Rift itu. Ibarat Mark berjalan di tepi lautan zombie yang sedang asyik dengan teknologi. Agak disturbing juga gambar ini.
Jika dilihat dari perspektif Facebook, mereka sudah tentu mahukan anda membeli Oculus Rift ini kereana ianya satu lagi sumber pendapatan untuk syarikat itu. Dikatakan satu permainan video adaptasi dari filem ‘John Wick’ akan dibangunkan dengan teknologi VR. Boleh lah anda main game itu menggunakan Oculus Rift nanti.
Jadi, jika diberi peluang adakah anda akan membeli headset Oculus Rift ini? Saya nak kerana nak jadi seperti Johnny Mnemonic. Kalau tak tahu cuba cari filem ini.
I’m Johnny Mnemonic !
0 comments:
Post a Comment