Kadang-kadang kita pelik, macam mana orang yang berpendapatan RM3,000 sebulan tapi boleh beli sampai 3 rumah (apartment) yang memerlukan pembiayaan sebanyak RM200,000 bagi setiap rumah tersebut.
Ansuran bulanan bagi setiap rumah adalah RM1,000 secara anggaran. Jadi, bagi 3 buah rumah, dia memerlukan komitmen RM3,000 sebulan untuk bayaran balik pembiayaannya.
Pendapatan – Komitmen = Baki
Contoh 1
RM3,000 – RM3,000 = RM0
Bagaimana bank boleh meluluskan pembiayaan sampai 3 rumah? Kita mula pelik, dan maki-maki dia di Facebooknya. Kita kata dia tipu. Kita kata dia ada orang dalam, ada kabel kuat dan sebagainya. Betapa naifnya kita.
Mari saya tunjukkan caranya.
Tenancy Agreement (TA) atau Perjanjian Sewaan
Rumah sewa Harith Faisal
TA perlu dicop/dimatikan duti setem di LHDN supaya hasil sewaan bulanan boleh dibuktikan sebagai pendapatan tambahan anda. TA yang siap bercop/dimatikan duti setem perlu disertakan sekali semasa anda memohon pembiayaan rumah anda.
Contoh 2
Pendapatan Hakiki: RM3,000
Pendapatan Sewa Rumah 1: RM1,300
Komitmen Bulanan Rumah 1: RM1,000
Kini, pendapatannya adalah RM3,000 + RM1,300 = RM4,300.
Komitmen RM1,000 hanyalah 23% daripada RM4,300. InsyaAllah, pembiayaan rumah kedua memang boleh lulus.
Contoh 3
Pendapatan Hakiki: RM3,000
Pendapatan Sewa Rumah 1: RM1,300
Pendapatan Sewa Rumah 2: RM1,300
Komitmen Bulanan Rumah 1: RM1,000
Komitmen Bulanan Rumah 2: RM1,000
Kini pendapatannya adalah RM3,000 + RM1,300 + RM1,300 = RM5,600.
Komitmen RM2,000 hanyalah 36% daripada RM5,600. InsyaAllah, pembiayaan rumah ketiga pasti boleh lulus juga.
Contoh 4
Pendapatan Hakiki: RM3,000
Pendapatan Sewa Rumah 1: RM1,300
Pendapatan Sewa Rumah 2: RM1,300
Pendapatan Sewa Rumah 3: RM1,300
Komitmen Bulanan Rumah 1: RM1,000
Komitmen Bulanan Rumah 2: RM1,000
Komitmen Bulanan Rumah 3: RM1,000
Kini, pendapatannya adalah RM3,000 + RM1,300 + RM1,300 + RM1,300 = RM6,900.
Penulis, Harith Faisal
Komitmen RM3,000 hanyalah 44% daripada RM6,900. Hah!! Agak-agaknya boleh lulus tak kalau dia nak beli rumah keempatnya?
Sebab itulah orang gaji RM3,000 pun boleh beli sampai 5 buah rumah. Kiraan ini memang tiada apa-apa trik. Memang sah di sisi undang-undang. Semua orang boleh aplikasikannya.
NOTA 1: Selain untuk membuktikan pendapatan daripada sewaan, tenancy agreement juga perlu disediakan untuk menjaga hak tuan rumah dan penyewa.
NOTA 2: Tidak semua bank mengira 100% daripada pendapatan sewaan. Ada bank yang hanya kira 80%, malahan yang 50% pun ada. Please do your own survey and calculation. Jangan risau, kiraannya tidak melibatkan kemahiran mengira tahap tinggi. Budak lepasan PMR pun boleh kira. Kihkih!!
Tekan SHARE jika anda rasa posting ini bermanfaat bagi anda, keluarga anda dan kawan-kawan anda. Ramai lagi di luar sana tidak tahu cara beli rumah banyak-banyak.
BACA: 1 Sebab Penting Kenapa Lelaki Ini Bersungguh Beli Rumah Bawah Harga Pasaran
0 comments:
Post a Comment