Selalunya hanya sebuah drone sahaja yang akan digunakan bagi sesuatu acara. Namun kali ini, drone telah digunakan untuk fungsi yang sangat berbeza.
Ia menari!
Dengan kombinasi 100 drone yang berlampu dan diiringi oleh kumpulan orkestra yang bermain secara langsung, hasilnya amat mengujakan. Kesemua 100 drone ini telah diterbangkan oleh 4 orang juruterbang yang diketuai oleh Martin Morth.
Aksi tarian 100 drone ini dikawal selia oleh perisian khas yang dibina untuk membenarkan drone tersebut terbang mengikut pergerakan lampu dimana lamput tersebut boleh dibuka dan dimatikan dan juga mampu terbang antara satu sama lain mengikut rentak musik orkestra.
Projek istimewa ini telah dibawakan oleh Intel dan pengambaran ini telah dilakukan di Hamburg, German.
Yang lebih istimewa, projek ini telah bejaya mencipta rekod dunia yang baru! Lihatlah sendiri ‘tarian’ istimew 100 drone ini.
0 comments:
Post a Comment